gbrydp.jpg (3738 bytes)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izinNya Rancangan Tempatan Tanah Merah telah disiapkan dan dapat di pamerkan dan diseranta dengan rasminya kepada semua warga Tanah Merah.

Disini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam penyiapan Draf Rancangan Tempatan ini khasnya Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan juga pihak perunding.

Program pameran dan pemeriksaan awam yang diadakan ini amat penting sekali kerana penyertaan awam terhadap Rancangan Tempatan ini bermakna cadangan-cadangan perancangan dalam dokumen ini mencerminkan bahawa Pihakberkuasa Tempatan merancang bersama rakyat. Laporan Rancangan Tempatan ini akan menjadi satu dokumen yang akan digunapakai oleh pihak berkuasa tempatan didalam merancang dan mengawal pembangunan. Rancangan Tempatan ini merangkumi 7 petempatan utama yang dijangka akan membangun pada masa hadapan termasuk Bandar Tanah Merah, Bukit Bunga, Batu Gajah, Batang Merbau, Gual Ipoh, Bukit Panau dan Bukit Mas.

Penglibatan awam termasuklah dengan memberi pandangan, cadangan, dan bantahan sekiranya ada terhadap kandungan Draf Rancangan Tempatan ini. Di sini, saya menyeru kepada semua warga Tanah Merah agar dapat menggunakan peluang keemasan ini bagi membentuk perancangan yang berkualiti.

Akhir kata, saya bagi pihak Majlis Daerah Tanah Merah, ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat didalam menjayakan pameran ini.

Sekian. Terima Kasih.

YDP TT.jpg (2521 bytes)

Hj. Shafei Bin Hj. Ismail

YDP. Majlis Daerah Tanah Merah.